Surah Al Kahfi.

SURAH AL KAHFI

Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)

Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)

Ha, ini yang selalu disebut-sebut kan?

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? ๐Ÿค”

Pernah terfikir camni?

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (al-kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.

Betul tak?

So here we go ๐Ÿ™Œ๐Ÿป

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

Pemuda gua – Fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun – Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir – Fitnah ilmu
Zulqarnain – Fitnah kekuasaan

Guess what? 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! ๐Ÿ˜ฑ

Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal?

Di sinilah relevannya baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya brcerita, tapi bagi solusinya juga!

Bagaimana?

Fitnah aqidah – bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat

Fitnah harta – mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat

Fitnah ilmu – kena tawadhu’/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir

Fitnah kekuasaan – Kena tawadhu’ dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah

Tapi ada yang lagi mind blowing ๐Ÿ™Œ๐Ÿป๐Ÿ™Œ๐Ÿป๐Ÿ™Œ๐Ÿป

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH! ๐Ÿ˜ฑ

Tak percaya? Hehe.

Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya? โœจ

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. And it makes complete sense!

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.

Aslih nafsak, wad’u ghairak! ๐ŸŒน

Orait kita beralih ke fitnah dajjal.

Ada 4.

Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?

Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan org mati apa semua.

Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.

Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

So dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? It makes sense right?

Jadi lepas ni, bila baca al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pon zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain!

Tak gituuwwww

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

Sumber : Kuliah Ustaz Nouman Ali Khan dan buku Khowatir Qur’aniyah tulisan Syaikh Amr Khalid.

#usrahsantai
#USsharing
# *BIARTAKSENTAPTAPIMERESAP*

Advertisements

Kemalangan.

Sahabat Mufti WP:
MUSIBAH KEBAKARAN MELIBATKAN KEHILANGAN NYAWA 25 ORANG DI DARUL QURAN ITTIFAQIAH, KUALA LUMPUR.

Saat menghadapi musibah, doa merupakan senjata utama seorang hamba. Melalui doa, seorang hamba berpasrah diri kepada Allah, bersimpuh di hadapan-Nya dan mengharapkan pertolongan-Nya semata. Salah satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW saat tertimpa musibah adalah doa berikut ini:

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุฃู’ุฌูุฑู’ู†ููŠ ูููŠ ู…ูุตููŠุจูŽุชููŠุŒ ูˆูŽุฃูŽุฎู’ู„ููู’ ู„ููŠ ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง

โ€œKita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. (QS. Al-Baqarah [2]: 156). Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.โ€ (HR. Muslim, no, 918)

Berdoalah kepada mangsa kebakaran sebagaimana yang diajarkan

ุนูŽุธูŽู‘ู… ุงู„ู„ู‡ ุฃุฌุฑูƒ ุŒ ูˆุฃุญุณู† ุนุฒุงุกูƒ ุŒ ูˆุบูุฑ ู„ู…ูŠุชูƒ ุŒ ูˆุฃู„ู‡ู…ูƒ ุตุจุฑุงู‹ ุŒ ูˆุฃุฌุฒู„ ู„ู†ุง ูˆู„ูƒ ุจุงู„ุตุจุฑ ุฃุฌุฑุง

“Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu, mengilhamkan kepadamu kesabaran dan mencurahkan pahala kepada kami dan engkau dengan sebab kesabaran.”

Begitu juga sebagaimana sabda Nabi SAW, “Barangsiapa yang melihat orang lain ditimpa musibah/bala, bacalah

ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุนูŽุงููŽุงู†ููŠ ู…ูู…ู‘ูŽุง ุงุจู’ุชูŽู„ูŽุงูƒูŽ ุจูู‡ูุŒ ูˆูŽููŽุถู‘ูŽู„ูŽู†ููŠ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูŽุซููŠุฑู ู…ูู…ู‘ูŽู†ู’ ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ ุชูŽูู’ุถููŠู„ู‹ุง
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang menimpamu dan memuliakanku dari makhluk lainnya dengan sebenar-benar kemuliaan.”

Maka tidak akan ditimpa musibah ini.”

(Riwayat al-Tirmizi, no. 3432. Beliau menyatakan hadis ini hukumnya hasan gharib pada jalan ini)

Kami mendoakan semoga keluarga mangsa kebakaran tabah dan bersabar atas musibah yang menimpa dan semoga mangsa-mangsa kebakaran termasuk dalam golongan syuhada’ sebagaimana hadis Nabi SAW:

ุงู„ุดู‘ูŽู‡ูŽุงุฏูŽุฉู ุณูŽุจู’ุนูŒ ุณููˆูŽู‰ ุงู„ู’ู‚ูŽุชู’ู„ู ููู‰ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูŽุทู’ุนููˆู†ู ุดูŽู‡ููŠุฏูŒ ูˆูŽุงู„ู’ุบูŽุฑูู‚ู ุดูŽู‡ููŠุฏูŒ ูˆูŽุตูŽุงุญูุจู ุฐูŽุงุชู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู’ุจู ุดูŽู‡ููŠุฏูŒ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุจู’ุทููˆู†ู ุดูŽู‡ููŠุฏูŒ ูˆูŽุตูŽุงุญูุจู ุงู„ู’ุญูŽุฑููŠู‚ู ุดูŽู‡ููŠุฏูŒ ูˆูŽุงู„ู‘ูŽุฐูู‰ ูŠูŽู…ููˆุชู ุชูŽุญู’ุชูŽ ุงู„ู’ู‡ูŽุฏู’ู…ู ุดูŽู‡ููŠุฏูŒ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ุฃูŽุฉู ุชูŽู…ููˆุชู ุจูุฌูู…ู’ุนู ุดูŽู‡ููŠุฏูŒ
Maksudnya: “Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah 7 orang, iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid; mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.โ€ (HR. Abu Daud, no. 3111.)

Sebaiknya kepada masyarakat awam, tidak perlu disebarkan gambar-gambar yang mungkin melukakan hati keluarga mangsa. Cukuplah dengan mendoakan mereka disamping memberi sokongan moral, kewangan dan lain-lain yang wajar.

InsyaAllah, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sedang dalam perjalanan ke sana.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan